Assalamualaikum WBT. dipos oleh mujahid al-ahkam.net

Saya membelek laman sesawang Islamtoday yang dibawah pengawasan Shaikh Salman al-Odah. Saya terjumpa satu artikel yang menarik. Ia berkaitan dengan huruf-huruf yang dijadikan permulaan sesuatu surah di dalam al-Quran. Contoh awal surah al-Baqarah yang bermula dengan Aliff… Lam. Mim. Apa maksudnya semua ini? Apa nilai huruf-huruf ini.

Unit Penyelidikan Islamtoday, yang di bawah pengawasan Sheikh Abdul Wahab at-Turayri, telah merumuskan beberapa hal berkaitan huruf-huruf yang menjadi pembuka beberapa surah di dalam al-Quran.

Antara rumusan yang boleh dibuat ialah:

1) Para sahabat yang hebat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan Ibn Mas’ud RA menyimpulkan bahawa maksud huruf-huruf yang dijadikan permulaan surah itu adalah termasuk hal-hal yang hanya diketahui oleh Allah sahaja.

2) Huruf-huruf itu berfungsi untuk menarik perhatian pembaca dan jika dilihat dari konteks zaman Rasulullah SAW, ia untuk menarik perhatian golongan bukan Islam untuk membaca al-Quran.

3) Ia bukanlah perkara yang pelik di kalangan orang Arab ketika zaman Rasulullah SAW, kerana itu tidak pernah orang kafir di zaman Nabi SAW membangkitkan isu huruf-huruf ini sedangkan mereka diketahui memang mencari-cari hujah untuk mengkritik al-Quran.

4) Adalah menjadi kesilapan sebahagian umat Islam yang menyibukkan diri mencari maksud-maskud huruf-huruf ini sehingga menimbulkan banyak maksud dan tafsiran yang tidak berasas dan tidak berbukti.

5) Ulama tafsir yang hebat seperti Imam Ibn Kathir menerangkan bahawa sekiranya ada keterangan daripada Rasulullah SAW berkaitan huruf-huruf ini, maka kita wajib berpegang pada keterangan itu, jika tiada, kita hendaklah menjauhkan diri kita daripada membuat penafsiran sendiri.

Untuk membaca dengan lebih lengkap sila layari
The Letters that Begin the Chapters of the Qur’an | Prepared by the Research Committee of IslamToday.net under the supervision of Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî|