Dah mula daaah!!!…………………..

Salam sahabat2 sekalian, ya, kita dah nak mulakan sesi kuliah bagi semester baru…selalunya memang sahabat2 ni simpan semangat baru, maklumlah nak tingkatkan lagi pointer dari sem lepas. Kalau CGPA sebelum ni, 2.9, harap2 sem akan datang ni jadi 3.3 atau lebih dahsyat lagi 3.99, terserahlah pada masing-masing. Allah swt tidak menghalang hambanya mencapai kejayaan asalkan menjaga syariat dan batas-batas Islam.

Tak kurang juga yang simpan azam supaya mendapat sahabat baru. Yang pegang usrah, mungkin nak tambahkan ahli agar bilangannya bertambah. Maklumlah, nak mencari bukan main payah, tapi nak menghilangkan diri, alahai, mudah sangat. Usrah ni macam keluar masuk restoran. Kalau sedap makan minumnya, sekali dengan harga berpatutan, boleh makan selalu dan ajak kawan lain datang, tapi kalau makannya tak sedap atau ada kedai yang lebih sedap, elok sahaja ditinggalkan dan cari kedai lain yang menawarkan pakej yang lebih menarik. Yang teruknya, dia keluar kedai makan itu, lansung diherdiknya bos kedai makan dan terus meninggalkan kedai makan tanpa berbayar.

Itulah agaknya suasana sebahagian usrah, kadangkala diajak, mula kata best, tambah ilmu dan pengalaman baru, tapi bila mula berasa susah dan payah, muncul perkatan tak best dan beban. Banyak pula alasannya. Mungkin kerja banyak dan mak tak bagi ikut usrah2 ni, illegal dan bawah tanah. Sejak bila pula usrah yang dibuat ni bawah tanah? Eh? Ilegal?? Undang-undang mana kata tak boleh buat usrah?

Sebaliknya ramai juga pelanggan yang terus setia melanggan dan berkorban terutama buat “orang kita”. Sanggup menghabiskan sedikit ringgit untuk membantu ekonomi orang Islam. Ramai juga ahli usrah yang terus tegar bersama dakwah.

Firman Allah dalam surah Bani Israil ayat 100(17:100) Katakanlah, “kalau seandainya kamu menguassai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, nescaya perbendaharaan itu kamu tahan kerana takut membelanjakannya, “Dan adalah manusia itu sangat kikir”

Apa sahaja yang berlaku, aku akan tetap bersama dakwah ini. Usrah ni mengajak aku pada Allah, bukan pada jemaah. Jadi, mengapa aku harus bangkitkan soal jemaah illegal atau tidak? Bukankah perlembagaan menjamin hak kebebasan beragama bagi setiap penduduk Malaysia? Jadi, adakah berusrah untuk menegakkan kalimah Lailahaillallah juga dihalang? Itukan termasuk dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing. Apatah lagi difikirkan amanah yang telah Allah beri menuntut kita berbuat sesuatu untuk membela masyarakat Islam seluruhnya…Malangnya, masih ada lagi segolongan manusia yang tak faham-faham lagi tuntutan Iman, sebelum ni dah menunggang dan menonggek bertonggek atas motor lelaki dan perempuan, buka sem ni aku nak tengok ada lagi ke tak sindrom berpeluk atas motor. Kalau aku jumpa juga, pasti aku menggeleng sambil berkata….DAH MULA DAAAAAH!!!!!