salam sahabat sekalian,
bila kita tengok suasana politik sekarang ini, ana dah naik muak, tak habis-habis cerita. Inilah yang selau ustaz ana sebut, di akhir zaman ini, fitnah akan tersebar dan peperangan akan sering berlaku. nampaknya malaysia yang disebut negara Islam contoh pun terlibat sama. Apa ini??
Allah berfirman dalam qur’an maksudnya: Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.
Tidaklah perlu ana menyatakan sesiapa dan bagaimna yang ana maksudkan kerana ana pasti antum pasti tahu siapa yang ana maksudkan. Kes ini hingga menyebabkan pertengakaran dan pergaduhan sesama umat Islam. Bilakah agaknya kita ingin bersatu. dalam surah al-hujurat ayat 10: sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah kedua-duanya, bertakwalah kepada Allah nescaya beroleh rahmat.
saudara, marilah kita bersatu, tingkatkan Amal, dari kita sibuk dengan karenah politik dalam negara, baiklah kita tumpukan isu palestin yang masih tak selesai-selesai. tadi, sebelum memetik suis CPU, buka web surat khabar, dalam kepala asyik berkata, dak muak jadinya…