ya, sekarang dah bermula sesi sem1. aku di final year, tahun4 kejuruteraan elektronik perubatan. lecturer mula bagi taklimat berkenaan projek akhir tahun. seperti biasa, aku ada sedikit merencanakan perancangan ‘study’ bagi semester ini.

biarpun banyak halangan dan hambatan dalam dakwah, barang pasti akan ada kesenangan dan hikmah dalam perjuangan. begitulah sunnah perjuagan. kadang kita diuji dengan keputusan peperiksdaan, mak ayah yang membantah, ada antara sahabat yang menghadapi kekangan kewangan, diganggu awek-awek bertudung labuh yang lawa, ini semua adalah antara mehnah yang perlu dihadapi dalam menjulang Islam.

bila menghayati sirah nabi, ternyata nabi kita lah yang menghadapi banyak cobaan dalam sunnah perjuangan. dibaling batu, dicekik, dihina dan dikutuk, masakan tidak, bapa saudaranya sendiri yang menentang dan menghalang penyebaran Islam. Ulul Azmi, itulah gelaran buat rasul junjungan Muhammad SAW.

Wahai sahabat, marilah kita bersatu dalam menghadapi cobaan ini. Yahudi dan nasara sedang bersatu dalam kejahilan menentang kebenran. Mengapa kita yang sedang berada dalam haq maseh lagi terkapai-kapai dalam mendepani mereka. Tidak sekali-kali redha yahudi dan nasrani hingga kamu mengikut millah(ajaran) mereka.

Ayuh, kuatkan tekad, banyak amal ibadah, jagalah kekhusukan dalam solat. InsyaAllah, Islam akan kembali menang dan menguasai dunia ini kerana Umat Islam yang beriman dijanjikan Allah akan menguasai kekayaan bumi ini. Allahuakbar.