<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:”Cambria Math”; panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1107304683 0 0 159 0;} @font-face {font-family:Calibri; panose-1:2 15 5 2 2 2 4 3 2 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:swiss; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;} @font-face {font-family:”\(normal text\)”; panose-1:0 0 0 0 0 0 0 0 0 0; mso-font-alt:”Times New Roman”; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-format:other; mso-font-pitch:auto; mso-font-signature:3 0 0 0 1 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-unhide:no; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:””; margin-top:0in; margin-right:0in; margin-bottom:10.0pt; margin-left:0in; line-height:115%; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:”Calibri”,”sans-serif”; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:”Times New Roman”; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoChpDefault {mso-style-type:export-only; mso-default-props:yes; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:Calibri; mso-fareast-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:”Times New Roman”; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;} .MsoPapDefault {mso-style-type:export-only; margin-bottom:10.0pt; line-height:115%;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.0in 1.0in 1.0in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin-top:0in;
mso-para-margin-right:0in;
mso-para-margin-bottom:10.0pt;
mso-para-margin-left:0in;
line-height:115%;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;}

Ada Surau Lawa, tapi tak ada roh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi

Terlintas untuk menulis pula hari ini setelah pulang dari majlis rumah terbuka kawan sekolej dan rumah pensyarah.

Sememangnya kita semua tahu bahawa menghadiri jemputan kawan-kawan adalah sangat digalakkan dalam Islam, apatah lagi jika undangan itu dari ahli keluarga terdekat. Ana menerima undangan seorang kawan, tanpa banyak bicara, ana mengatakan insyaAllah. Artikel ini ditulis sebaik sahaja penulis balik dari rumah terbuka kawan tersebut.

Ana berhajat untuk ke rumahnya sebaik-sahaja selepas solat Zohor, jadi ana berhajat untuk solat Zohor berdekatan rumah kawan ana itu. Kebetulan ana sampai di surau tersebut ana telah terlewat 10 minit dari waktu zohor. Cantik suraunya, ana dengan penuh kepercayaan surau tersebut ramai jemaahnya memandangkan 6 buah kereta parking dalam surau serta sebuah motorsikal. Pintu pagar tertutup, sangkaan ana barangkali untuk mengelak binatang serti anjing untuk masuk ke kawasan surau. Ana cuma parking motor di luar surau, ana buka dan tutup semula pagar setelah masuk.

Sekonyong-konyong kelihatan tiada langsung jemaah atau makhluk yang bernama manusia dalam kawasan surau tersebut kecuali ana sendiri. Cantik sungguh suraunya, siap pagar berhias dan banyak tiang berbunga. Astaghfirullah!habis, siapakah pemilik kereta-kereta tadi? kereta-kereta besar, adalah yang kecil sedikit, kelisa. Oooo, tahu parking kereta dalam surau, datang jemaah tak nak…Apa ni! Jeritan hati ana setelah lama menunggu tak muncul-muncul juga kelibat seorang pun dari qariah surau.

Ana maklum bahawa surau yang ana singgah adalah di kawasan orang bekerja kerajaan atau swasta. Ini dimaklumkan sendiri oleh ayah kawan ana. Dalam kotak fikiran ana, hari ini hari Sabtu, mana yang bekerja pejabat? tak kan hari Sabtu pun kerja juga, bagaimana dengan cikgu-cikgu di kawasan itu, begitu juga mana orang-orang muda yang tak sibuk dengan kerja kilang? takkan semua kerja hari Sabtu?

Masuk sahaja ke surau kagum juga ana dengan keindahan surau, siap kipas siling yang banyak, juga air cond! apa lagi, disebabkan kepanasan di luar tadi, ana on kan air cond. Ana azan tanpa menggunakan mikrofon sebab tak tahu bagaimana nak on kan microfon tersebut. Selepas azan, ana solat sunat qobliah untuk menunggu kalau-kalau masih ada orang yang ingin berjemaah bersama. Selepas solat qobliah, kedengaran air pili diluar. Alhamdulillah, ada orang datang. kelihatan pakcik berpelikat berbaju pagoda sedang bersugi. “pakcik, jom solat Zohor.”Pak cik tadi senyap tak membalas. Kemudian dia berpaling ke belakang,dia tanya ana, “ Sembahyang Zohor Sudah Ka?”, oh rupanya pakcik tadi India muslim, tak tahu lah mana rumahnya dan tempat kerjanya. Nampak macam pejalan kaki sebab tak ada pula bunyi kenderaan datang. Ada juga kelihatan kereta-kereta lalu lintas tepi surau, tak ada satu pun yang berhenti. Nasib baik ada India Muslim tadi, paling kurang berjemaah juga Zohor tadi walaupun India Muslim tadi lewat hampir setengah jam. Dia Iqomah dan kami solat.

Hinggalah kami selesai solat, kami berdua sahaja yang bersolat. Haru sungguh, sambil kepala ana menggeleng-geleng sedikit. Kereta parking di surau, tak pergi surau. Kalau kata kasarnya “Ingat ni surau bapak kau ke?”tapi tak terungkap kerana memikirkan hikmah dakwah para nabi. Begitulah, ana pergi meninggalakan surau itu dengan penuh rasa sayu dan berdoa moga Allah memberikan penduduk ini kemahuan untuk berjemaah. Janganlah surau sahaja yang lawa, tapi roh tiada. Mana nak ada roh? kalau manusia pun tak ada? Jadi, lebih ramai muslim di dalamnya, pastilah makin ramai roh yang memenuhi surau tersebut.

Moga luahan perasaan hati ini, moga-moga diri ana dan antum beroleh kebaikan. Sampai bila lagi kita harus begini? Begitu leka dengan keindahan bangunan-bangunan Islam, tetapi tidak memberikan manfaat malah mungkin menjadi bala’ dan bencana pula kepada umat Islam. Sampai bila harus seperti ini? begitu leka pula dengan dunia sehingga kita meminggirkan perintah Allah dan pesanan nabi. Takut untuk bermakruf, malah kadang tak terasa apa melihat maksiat. Ayuh, bangun dan bangkitlah, serulah kepada tuhanmu dengan ayat-ayat Allah yang jelas.

5. Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana Sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. dan bagi orang-orang Yang kafir disediakan azab seksa yang menghina.(alMujadilah 58:5)

Muhammad Ibnu Kama, UTM Skudai

18 Syawal 1429, 18 Oktober 2008

zicksi@yahoo.com