hidayah_syauqah
Halaqah.Net
Editor:PenaHalaqah

Segala puja-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir sekelian makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin)serta bukti-bukti yang jelas. Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya tambahan kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya.
Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.

Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dgn sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop saya buka,jari ini jadi kaku utk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga utk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik utk menulis.Saya sudah tidak berdaya utk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam,saya akan makin tersiksa dlm dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah swt ampuni saya atas segala apa yg saya lakukan ini. Apa yg akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dr lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah swt  tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dlm tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan yg sama di Bangi.

Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yg punya fitrah utk dicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorg. Pertemuan saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun , tapi Perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah , saya ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah swt. Tapi , semua yg terjadi telah ditakdirkan , dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh cinta dengan dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah.

Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yg berikan padanya kerana pada saya dia merupakan seorg shbt yg ikhlas. Benarkah ? Erm,hanya Allah swt dan dia saja yg tahu sejauh mana tahap keikhlasannya. Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata , lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut utk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia , kami tidak pernah bersua secara berhadapan , tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati saya. Saya senang berbicara soal-soal agama dengannya, dan sememang jahanam si syaitan durjana itu kerana dia telah menghembuskan api cinta dalam hati saya utk dirinya.Iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji.

Hanya sms. Nampak mcm baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tp hanya sms. Sesetengah org akn berpendapat bhwa cara saya itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya akhirnya menyedari kesilapan itu. Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yg batil tetap batil. Yg haq tetap haq. Allah swt pernah berfirman :

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”

(Surah Al-Ankabut,29:38)

Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya ialah, syaitan telah buat saya  pandang baik pada perkara buruk yang saya lakukan. Memang pada mulanya niat saya baik, tapi  syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam kemaksiatan. Matlamat baik saya itu tidak prnh menghalalkan cara saya.

Selama hmpir setahun saya leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya saya menyedari kesilapan yg telah saya lakukan ini. Saya terlalu asyik dgn cinta ini sehingga saya terlupa pada Pemilik Cinta yg sebenar. Sungguh, saya rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Saya telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak saya telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yg istimewa , tapi saya tahu yg saya telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.

Saya panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada saya dan saya kembali menyedari kesilapan yg saya lakukan. Silap saya kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa harus saya lafazkan cinta itu..hanya utk Allah swt,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya. Terus-terang saya katakan yg saya jd malu dengan diri saya sendiri , dengan Allah swt dan dengan dia sekali. Dia telah banyak menyedarkan saya akan hakikat cinta itu yg sebenarnya. Hakikat cinta yg sejati hanyalah Allah swt.

Kini , utk kembali mencari keredhaan dari-Nya saya tinggalkan cinta di hati saya ini utk Allah swt. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi saya. Saya mengaku , saya sering kali terluka dan saya sebenarnya tidak kuat utk melakukan itu , tapi saya perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini utk mencapai keredhaan-Nya. Saya terpaksa berperang dengan hati dan perasaan saya sendiri. Sewaktu saya mentaddabur Al-Quran , ada satu ayat yg buat saya berfikir sejenak bhwa wajib bagi saya berperang dengan perasaan ini. Saya tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dlm peperangan ini.

Surah Al-Baqarah, ayat 216,

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”

Kini , segala apa yg pernah ada kaitan antara saya dan dia telah saya simpan. Gambarnya yg saya simpan secara curi-curi , dairi saya yg penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya  dan semua sms nya yg saya simpan dalam buku , saya simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yg saya pegang dan bawa kemana-mana saja , saya tidak tegar utk menyimpan pemberiannya yg itu di dalam kotak. Nak tahu apa? TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna coklat itulah yg byk memuhasabah diri saya. Kerana Al-Quran itulah saya akhirnya sedar akan segala kesilapan saya. Jadi , TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu utk selama-lamanya.

Dia kini sudah tamat diplomanya di Bangi dan alhamdulillah saya sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat  degree di shah alam. . tapi insyaAllah saya yakin dia bahagia sekarang kerana doa saya utknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi. Apa yg terjadi antara saya dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! haram utk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada saya bhwa ini yg terbaik dan saya terima dgn senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah swt di hati saya dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada saya di masa hadapan. Cukuplah setakat disini dulu. Saya sudah “letih” dan “penat” dengan semua yg terjadi ini.

Perasaan saya di hati ini saya tidak akan lawan kerana saya takut jika saya lawan satu hari nanti ia akan pecah. Jadi , adalah lebih baik saya kawal dulu perasaan ini.

Satu hadith ada menyatakan..

“jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal”

Saya tahan keinginan di hati ini kerana saya yakin Allah akan kurniakan sesuatu yg halal bagi saya..bi idznillah. Semoga satu hari kelak saya akan berjumpa dengan “putera agama” saya. Mohon doakan saya ya..

Wallahu’alam.