Assalamualaikum wrh.

Ketika membuka salah satu artikel, terpandang saya kepada kenyataan ini:

Saidina Ali kwj (al-Farq Bayna al-Firaq):

“Sesungguhnya Allah telah wujud tanpa tempat,maka Dia sekarang tetap sedia wujud tanpa tempat”  “Sesungguhnya Allah mencipta ‘arasy adalah untuk menzahirkan kekuasaan-Nya dan bukanlah untuk dijadikan tempat bagi zat-Nya”

Persoalan:

1. Betul ke kenyataan itu milik Saidina Ali radiallahu ‘anhu?

2. Betul ke kenyataan itu ada dalam kitab itu?

Jawapannya, itu bukan kenyataan Saidina Ali  bahkan itu adalah pembohongan. Malah kenyataan itu tidak ada dalam kitab tersebut. Itu cuma penisbahan rambang oleh pendokong Ahli Muktazilah Melayu bernama Abu Syafiq dan familinya termasuklah Ustaz Hafiz Alwi al-Mu’attily. Ini permainan biasa mereka yg bodoh berhujjah dan jahil nas.

Sesungguhnya, usaha menafikan sifat-sifat Allah Taala sudah lama berlaku.Kewujudannya sezaman dengan wujudnya fahaman Muktazilah (diasaskan oleh Wasil bin ‘Ata) atau Jahmiyah (diasaskan oleh Jahm bin Sofwan). Menafikan sifat ketinggian Allah di atas ArasyNya sama seperti menafikan Allah dengan KerusiNya. Sama juga seperti menafikan Allah  dari memiliki wajah, tangan, jari atau kaki “semata-mata kononnya untuk menyelamatkan aqidah” padahal dalam waktu yg sama telah melahirkan aqidah “dzan/syak” atau menyokong aqidah “ta’til – mengosongkan Allah dari memiliki sifat zat (rupa bentuk). Bahasa kononnya Allah Taala mencipta Arasy adalah untuk menzahirkan kekuasaanNya dan bukan utk dijadikan tempat bagi zatNya menggambarkan seolah2 si pengucap ini pernah berada di dalam kerajaan Allah sehingga tau apa, kenapa, mengapa,siapa dan bagaimana keadaan Allah lalu menyebut demikian. Sekaligus ia mengatasi ilmu Nabi s.a.w yg baginda tidak pernah menafsir apa-apa berkaitan “ar-Rahman ‘ala al-‘Arsyi istawa” ini melainkan  beriman secara zahir ayat sahaja tanpa selain daripadanya.Sila rujuk kitab yang paling baik dalam masalah ini iaitu Mukhtasar al-‘Uluw lil ‘Aliyyi al-Ghaffar oleh Imam az-Zahaby (tahqiq al-Albany).

Kitab al-Milal wa an-Nahl oleh Syahrastani dalam menerangkan sifat aqidah Jahmiyyah dan Karramiyah ada menyebut perihal penolakan mereka berkenaan sifat zat Allah. Begitu juga karangan Abu Hasan al-Asy’ari dalam kitabnya Maqalat al-Islamiyyin dalam bab menerangkan sifat-sifat kedua-dua firqah tersebut.

Maka ikhwah-ikhwah sunnah harus berwaspada dengan mazhab Abu Syafiq dan Ustaz Hafiz Alwy al-Mu’attily (org Pahang) ini kerana air liur mereka berdua jauh lebih bisa dari air liur anjing gila atau ular tedung.Usaha mereka sgt bersungguh2 memperjuangkan cogankata: Allah Maujud Bilaa Makaan -Allah Wujud Tanpa Tempat-. Berbagai stiker dicetak sama ada dalam bahasa Arab atau Melayu guna utk ditampal di cermin belakang kereta atau pintu masuk rumah tak ubah macam azimat sami hindu.Lambang kelembuan mereka nampak jelas apabila awal-awal lagi menolak kitab2 ulamak salaf muktabar apalagi menghina ulamak salaf dan para  pendokongnya.

Menurut aqidah yang benar, kaedah memahami sifat-sifat Allah ini sangat mudah. Salah satu formulanya ialah sila kenyataan ini:

“Persamaan pada nama, tidaklah menunjukkan berlakunya persamaan pada zat (rupa bentuk)”

Contohnya kalimat tangan. Manusia ada tangan dan beruk pun ada tangan. W/pun berlaku persamaan pada nama tangan sebagai salah satu anggota badan, tapi apakah hakikat atau ciri tangan manusia sama dengan beruk? Manusia ada hidung dan lembu pun ada hidung, apakah hakikat hidung manusia dan lembu sama? Jadi jika Allah menyebut Dia memiliki tangan atau wajah, apakah hakikat tangan atau wajah manusia sama dgn apa yg dimiliki oleh Allah? Sebab itu cara ulamak salaf beriman mengenai sifat Allah ini ialah dengan menetapkan bahawa: Memang Allah mempunyai tangan, wajah, kaki, atau jemari  yang layak dengan kebesaran dan kemuliaanNya. Habis cerita. Tapi bagi puak ta’til itu pulak, mereka tidak selesa sebut bgitu krn kepala otak mereka dibayangi oleh penyerupaan dgn makluk, lalu mereka takwil. itulah hasil keraguan dan syak namanya.

Jika dikait cara mereka memutarbelitkan kaitan Allah dgn ArasyNya, maka puak-puak ni kalau kita tanya:”Awak tinggal di mana?” Sahih mereka menjawab: “Saya tinggal di mana-mana” atau ” saya ada rumah tapi tiada bertempat”.Atau barangkali dia jawab: “Tempat tinggal saya memang ada tapi saya tidak tinggal di situ kerana ia hanyalah lambang penempatan bagi makhluk bernama manusia. Jadi tempat tinggal saya ada tanpa bertempat.”

Orang gila yg mendengar bicara ini akan menjadi 5 kali gila, atau sang beruk atau kera pula kalau dengar bahasa mereka ini sudah tentu tergolek jatuh dari pokok pisang atau pokok jambu.Betapa bebalnya otak mereka atau dungunya fahaman aqidah.

Yang pastinya, mereka tidak memiliki satu kitab pun mengenai pengajian aqidah sahihah, malah aqidah yg mereka fahami sedemikian pun tidak didasarkan kepada satu kitab walau pun sebesar kitab kartun gilap-gila. Ikhwah sebutkan sahaja begini kpd mereka: “Sila tunjukkan kepada kami satu buku aqidah spt yg kamu salak-salakkan kepada dunia, hasil karangan salah satu dari imam mazhab empat, jika kamu katakan fahaman “Allah Wujud Tanpa Tempat” jga merupakan fahaman imam-imam itu!! “. Yakinlah jika dunia ini qiamat sepuluh kali pun mereka tidak mampu mendatangkannya. Namun kedegilan mereka  menyebarluaskan fahaman sesat itu tidak ubah seperti anjing…bagi makan pun menyalak, tak bagi makan pun menyalak! Lembu lebih baik drp mereka.

Sekadar mengingatkan sahaja. Wallahu A’lam.