Oleh antirust_man


Rasa sangat teruja apabila membaca akhbar beberapa hari lalu tentang seorang wanita muda Palestin mengatakan matlamat perkahwinannya adalah untuk melahirkan lebih ramai pejuang Islam menentang Israel. Namun di Malaysia, keadaannya amat berbeza sekali.

Baru-baru ini di akhbar yang sama melaporkan lebih kurang 8 ratus lebih pemuda dan pemudi di sebuah negeri di selatan tanah air berbondong-bondong menghadirkan diri di sebuah tempat yang telah di khaskan untuk menyertai “audition” sebuah rancangan realiti television yang terkenal di seantero negara. Dengar katanya rancangan itu telah masuk musim yang ketujuh. Nampaknya, rancangan tersebut benar-benar menarik minat masyarakat di negara ini terutamanya golongan muda-mudi.

Malah, sebelum ini di rancangan realiti yang lain, ada ibu dan bapa yang di temuramah oleh wartawan menyatakan dengan penuh harapan agar anaknya berjaya menyertai rancangan tersebut kerana itulah cita-cita anaknya selama ini dan mereka sebagai penjaga sentiasa menyokong mereka dari belakang. Bukan setakat di situ sahaja, ada di antara mereka yang berkerjasama dengan pihak luar untuk mewujudkan kelab penyokong anaknya setelah mereka berjaya mendapatkan tiket ke pentas utama mana-mana rancangan realiti yang disertainya. Dari sumber maklumat yang didengari sebelum ini, ada di antara ibu bapa yang sampai ke tahap sanggup mengeluarkan belanja yang banyak seperti membeli ” top up ” dengan kadar yang banyak dan diberikan kepada pihak-pihak yang dilihat boleh membantu “mengSMS” anaknya sepanjang anaknya berjuang mencapai cita-citanya di pentas pentandingan. Itu belum lagi yang menempah baju, topi dan kain rentang khas sebagai tanda dan galakan kepada pihak-pihak tertentu agar sudi menyokong anaknya. Maka, terdengarlah jeritan-jeritan yang memanggil-manggil nama anaknya sepanjang pertunjukkan pentas diadakan sambil memakai baju, topi dan kain rentang yang “disponsor” tadi.

Beberapa hari kebelakangan ini, terpampang di sebuah saluran television yang terkenal di malaysia yang menayangkan persembahan nyanyian oleh tiga orang kanak-kanak, dua lelaki dan seorang perempuan. Nyanyian mereka dilihat memukau para penonton pada malam itu. Menjerit-jerit para penonton apabila mendengar mereka menyanyi dengan penuh perasaan dan perasan. Apakah agaknya perasaan ibu bapa yang lain semasa menonton rancangan tersebut. Adakah matlamat mereka juga ingin menjadikan anak mereka seperti itu suatu ketika nanti. Atau bagaimanakah perasaan ibu-ibu yang sedang mengandung ketika itu, bercita-citakah mereka di saat itu semoga anak yang bakal dilahirkan nanti akan berjuang berhabis-habisan dimedan seni?

Saudara dan saudari yang dirahmati sekalian, gambaran di atas hanyalah gambaran dari sebahagian realiti sebenar yang sedang melanda rakyat malaysia kini. Jika diamati dan diperhatikan dengan serius, isunya lebih besar lagi sebenarnya. Namun persoalannya ialah, mengapa kita dan Palestin sangat berbeza? Adakah kita berbeza dari anutan agamanya? Adakah kiblat kita berbeza? Adakah syahadah kita berbeza? Tidak, kita adalah saudara seagama. Cubit peha kanan, peha kiri pasti terasa. Mungkin bezanya kerana kita tidak berdekatan dengan Israel laknatullah. Kita di sini aman damai dan hidup dengan tenang sekali. Jadi, mengapa kita perlu menjadi seperti wanita muda palestin tersebut. Yang matlamatnya untuk melahirkan lebih ramai pejuang di medan perang untuk menentang yahudi laknatullah. Kita di sini aman damai, mengapa mesti berfikiran begitu. Biarlah anak-anak kita bergerak sebagaimana dunia sekarang bergerak. Panduan kita adalah Barat bukan Palestin. Takkanlah negara kita yang sedang tenang dan damai ini kita perlu melahirkan pejuang-pejuang Islam yang kental hatinya. Tidak perlu sama sekali. Biarkan anak-anak kita terus berhibur dan kita harus memberi sokongan kepada mereka kerana dunia pasti akan memandang kepadanya. Ya, dialah penghibur masa kini. Nanti kita suruhlah anak-anak kita menyanyi lagu-lagu yang ada unsur ketuhanan dan keislaman sedikit. Bila ada majlis-majlis berunsur keagamaan kita suruhlah anak-anak kita menyanyikan lagu-lagu yang berunsur dakwah. Kami percaya pasti anak-anak kami akan dilihat baik dan tidak dipandang serong oleh masyarakat. Dalam istilah yang lebih mudah, dapat mengelabui mata masyarakat kita. Itukan sudah cukup memadai. Apabila sudah cukup duit, kita suruhlah dia menunaikan haji dengan duit yang dia perolehi hasil dari persembahannya. Nanti pasti masyarakat akan lebih memandang mulia kepadanya. Tidak perlulah kita bermatlamat seperti mana wanita muda Palestin itu bermatlamat. Jika tidak, apalah beza kita dengan mereka di Palesti kerana kita adalah Malaysia yang aman damai.

Selamat berubah kepada kehidupan baru

http://www.teratakmuslim.blogspot.com