Ini adalah petikan sms yang telah dipanjangkan short term supaya lebih mudah difahami. Struktur ayat tidak di ubah.

Salam, saya nak tanya sesuatu, apa keburukan cinta sms?

Erm, saya ada satu kisah berkenaan cinta sms, saya cuma nak tanya pendapat awak…

Gadis ni tak pernah bercinta, nak kata bergaul dengan lelaki pun tak sangat, kira dia sangat menjaga diri..dia ada perasaan ingin bercinta tapi dalam masa yang sama dia belum bersedia.. 1 hari dia berkenalan dengan seorang lelaki dalam sms. Lelaki tu salah nombor. Disebabkan dalam sms je dia tak kisah sangat, dalam masa 2 bulan berkawan dalam sms lelaki tu terpikat dengan gadis  tersebut sebab cara dan sikap gadis itu..Gadis tu ada juga perasaan suka tapi dalam masa yang sama dia belum bersedia hendak bercinta.

Sepanjang 2 bulan berkawan memang masing-masing tidak kenal wajah masing-masing jadi si gadis tak nak lah macam tu sebab dalam Islam sendiri wajah tu penting maka gadis tu pun send gambarnya pada lelaki  tersebut bukan kerana niat lain tetapi kerana mahu si lelaki mengenalinya tapi yang sebaliknya berlaku lelaki tersebut tak memberi gambarnya..si gadis percaya pada lelaki tu jadi hampir setahun mereka bercinta dalam sms tanpa si gadis mengetahui wajah lelaki itu..

Si lelaki ada mengajak berjumpa tetapi si gadis tidak mahu kerana bimbang sebab si lelaki hanya mahu jumpa berdua tanpa ditemani sesiapa..macam2 syarat yang dikenakan si gadis untuk si lelaki, pada mulanya si lelaki banyak merayu untuk berjumpa tapi si gadis tak mahu sebab dalam Islam tidak elok lelaki dan perempuan berdua-duaan lagi-lagi baru kali pertama ingin berjumpa.

Pada mulanya si gadis tak kisah tak dapat melihat wajah si lelaki kerana bimbangkan dirinya tapi apabila dekat setahun perasaan ingin berjumpa lelaki tu makin membuak tapi lelaki tu pula tak mahu berjumpa si gadis..dia sedih tapi masih mahu meneruskan hubungan dengan lelaki tersebut, si gadis sangat percaya padanya sehinggakan hatinya tak terbuka pada mana-mana lelaki lain kerana lepas si gadis habis belajar mereka berjanji akan berkahwin.. si gadis tak kisah tak dapat berjumpa tapi sekurang-kurangnya dapatlah melihat wajah si lelaki…

Si gadis ada juga tanya pendapat kawan-kawannya dan kebanyakannya menyuruhya memutuskan hubungan tersebut tapi si gadis tak sampai hati..si gadis dan si lelaki sangat berbeza kerana pada permulaan kawan si lelaki pernah bagitahunya “tak pernah jumpa wanita seperti awak zaman sekarang”. Si lelaki terpikat dengan keperibadian si gadis tersebut..si gadis menjadi setia kerana itu cinta pertamanya, si gadis juga banyak membimbing si lelaki terutama dalam hal-hal agama.

Awak fahamkan kisah ni nanti awak bagilah pendapat ya.

Ni citer betul..

Saya Cuma nak tanya 1 soalan dari citer tu samada si gadis perlu memutuskan hubungan itu atau meneruskannya? Ini email saya<>

Saya malu nak kata itu diri saya tapi entahlah tiba2 saya rasa nak Tanya pendapat awak pulak sebagai lelaki..tima kasih banyak2, hujung bulan ni saya berhenti kerja.

INi adalah jawapan yang diberikan oleh zikri kepada gadis tersebut.

Assalamualaikum,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.

Ya Allah, kau kuatkan iman aku dalam menghadapi dunia ini dan jauhkan aku dari bisikan syaitan yang direjam.

Baiklah, saya telah terima dan baca dengan teliti cerita yang panjang  lebar. Cerita tadi adalah cerita dari SMS yang awak kirim tanpa mengubah struktur dan makna ayat. Cerita yang ditulis dalam SMS tempoh hari terlalu disingkat-singkatkan perkataan sehingga tak berapa sesuaijika ditulis dengan menggunakan email.

Bismillah,

Pertama sekali, marilah kita lihat akan pesanan dan peringatan Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32: Dan jangan kamu hampiri zina, kerana itulah suatu perbuatan yang buruk dan jalan yang keji.

Tidak dinafikan bahawa fitrah yang telah dijadikan Allah buat lelaki dan perempuan itu sifat sukakan jantina yang berlawanan dengannya. Dengan fitrah ini jugalah, lahirnya kita di muka bumi ini. Tetapi… bagaimana menyalurkan perasaan tadi agar ianya selari dengan kehendak Allah dan sesuai dengan tuntutan nabi?

Isu utama yang diutarakan pada saya ialah Cinta SMS. Begitulah yang dihadapi remaja sekarang, kecanggihan dunia teknologi menyebabkan saluran untuk meluahkan cinta tidak lagi hanya di atas kertas, tetapi internet dan SMS telah mengambil tugas tersebut. Suka untuk diingatkan bahawa segala perhubungan perkataan, perbuatan, telefon yang tidak membawa apa-apa manfaat dan kepentingan eloklah ditinggalkan.

Gadis itu ada perasaan suka…

Ya, memang betul. Semua orang tidak kisah yang berkopiah atau bertudung litup memang ada perasaan suka menyukai, tetapi bagaimana menyalurkan perasaan suka itu selari dengan tuntutan Islam?

Dalam masa yang sama, dia belum bersedia untuk bercinta…

Ya, kalau belum bersedia untuk bernikah dan bercinta, lupakan sahaja. Kenapa terbawa-bawa hingga setahun? Bukankah itu maknanya dah terjerat dengan cinta? Ya, cinta itu buta, tetapi memang ia akan membawa derita kalau buta hati untuk menilai apakah pasangan yang akan dijadikan teman hidup boleh membawa kebahagiaan atau kecelakaan rumah tangga.

 si gadis tak nak lah macam tu sebab dalam Islam sendiri wajah tu penting

Bagus si gadis, mula memikirkan asas cinta berdasar Islam. Rasulallah juga meletakkan 4 perkara yang menjadi pilihan manusia bila memilih pasangan hidup. Pertama, limaliha( hartanya), lijamaliha(cantiknya), keturunannya dan liddiniha( agamanya), pilihlah yang beragama, selesai. Begitulah maksud hadis yang difahami oleh saya ketika mengahadiri ceramah seorang ustaz di sebuah masjid. Pilihlah yang beragama. Itulah factor terpenting yang diletak oleh Nabi. Jadi, kenapa hanya menilai muka dulu baru agama. Sepatutnya yang menjadi nilaian yang pertama adalah agamanya, bukan muka atau hartanya. Ok, mari saya bawa anda menilai prestasi agamanya. Ini tidak bermaksud merendah-rendahkan orang lain atau orang yang kurang ilmu agama. Ingat, kurang Ilmu agama dan kurang akhlak agama adalah satu perkara yang terlalu jauh bezanya.

maka gadis tu pun send gambarnya pada lelaki  tersebut bukan kerana niat lain tetapi kerana mahu si lelaki mengenalinya tapi yang sebaliknya berlaku lelaki tersebut tak memberi gambarnya..

Gadis telah memberi gambarnya, ada 2 kemungkinan, sama ada si lelaki yang kemaruk hendak tengok wajah si gadis tadi atau si gadis dengan rela hati menyerahkan gambarnya pada si lelaki tersebut. Pada nilaian saya, ini pasti sudah berlaku persetujuan antara si gadis dan lelaki tersebut.

Penipuan siri 1: sudah bersetuju serah gambar, tapi sebelah pihak tak memberi gambar pula.

Mungkin buat kali pertama ditipu, si gadis masih rela hati menyerahkah jiwa dan perasaannya buat si lelaki memandangkan ini  cinta SMS pertama. Lainlah kalau berkali-kali ditipu, mungkin pada saya si gadis ini tak mahu melayan lagi jenis lelaki seperti ini. Mungkin kata gadis ini, saya masih menunggu gambar awak.Mungkin awak akan berikan gambar tersebut bulan depan… rupanya bukan 4 atau 6 bulan menunggu gambar, hamper 12 bulan menunggu gambar. Ini sudah melampau!!!, kata saya sendiri.

Rayu-merayu: pada mulanya si lelaki banyak merayu untuk berjumpa tapi si gadis tak mahu sebab dalam Islam tidak elok lelaki dan perempuan berdua-duaan

Nampaknya si gadis gagal dalam rayuan menuntut gambar,manakala si lelaki gagal dalam rayuan untuk bertemu. Memang gila, nak berjumpa berdua-duaan. Dahlah si gadis bukan main baik akhlaknya(pada pandangan si lelaki tadi), kemudian nak berjumpa berdua-duaan. Di mana tempatnya tak diketahui. Saya sendiri pun tak setuju, apa jadi kalau cuba diini-inikan, cuba itu-itukan, ai..ini sudah lebih. Ini baru kali pertama nak berjumpa. Apa lagi kalau kali kedua dan kali ketiga, mungkin tidak lagi berdua-duaan tetapi tempat yang bertiga-tigaan iaitu dengan satu lagi makhluk yang kuat juga merayu manusia, syaitan.

Penipuan siri 2: setahun perasaan ingin berjumpa lelaki tu makin membuak tapi lelaki tu pula tak mahu berjumpa si gadis..dia sedih tapi masih mahu meneruskan hubungan dengan lelaki tersebut, si gadis sangat percaya padanya

Astaghfirullah, begitulah perempuan. Sifatnya lemah, lembut, gemalai macam kucing dan arnab. Bezanya, perempuan dikurnia akal dan badan yang membolehkannya melahirkan zuriat yang memakmurkan alam ini.

Mula-mula, lelaki yang nak bertemu, kemudian bila si gadis nak berjumpa, si lelaki pula tak nak berjumpa.Apa ke jadahnya lelaki seperti ini? Elok di hantar ke klinik psikiatrik dan diberi ubat-ubatan lazat di Hospital. Si gadis dah membuka ruang dan peluang untuk bertemu dan mungkin berunding berkenaan masa hadapan yang tidak lagi bergelumang dosa dan zina hati..tapi si lelaki masih tetap keras kepala. Kali ini si gadis telah bersedia menyerahkan masa dan tenaga untuk bertemu. Siap membuak-buak lagi. Fuh, romantic betul percintaan ini.

kerana lepas si gadis habis belajar mereka berjanji akan berkahwin.. si gadis tak kisah tak dapat berjumpa tapi sekurang-kurangnya dapatlah melihat wajah si lelaki…

Si gadis ini memang setia walau telah dikecewakan setelah ditipu 2 kali. Si lelaki ini memang beruntung, macam along Bukit Beruntung. Dahlah kuat menipu dan letak syarat tak munasabah nak berjumpa, pastu siap dapat persetujuan kahwin pulak bila si gadis dah abis belajar. Waduh-waduh. Untung-untung. Si gadis terus mengharap. Harap-mengharap. Tak lah dipastikan apakah harapannya menjadi kenyataan atau hanya memberi seksaan.

kebanyakannya menyuruhya memutuskan hubungan tersebut tapi si gadis tak sampai hati..si gadis dan si lelaki sangat berbeza kerana pada permulaan kawan si lelaki pernah bagitahunya “tak pernah jumpa wanita seperti awak zaman sekarang”.

Hanya minta pendapat kawan, cuba pergi Tanya mak ke, bapak ke, ustaz ke. Ok jugak. Tapi, saya agak pasti jawapannya tak ubah macam kebanyakan kawan awak putuskan, diorang putuskan, putuskan sahaja perhubungan. Apakan daya, si gadis tak mahu putus. Tak sampai hati.Si lelaki kata,” Tak pernah jumpa wanita seperti awak zaman sekarang.” Memang tak pernah jumpa pun! Tengok muka pun tak pernah!

Si lelaki terpikat dengan keperibadian si gadis tersebut..si gadis menjadi setia kerana itu cinta pertamanya, si gadis juga banyak membimbing si lelaki terutama dalam hal-hal agama.

Penipuan siri 3: Si lelaki terpikat dengan keperibadian si gadis tersebut. Betul ke terikat dengan SMS?Atau pun si gadis tadi memang pernah atau selalu berbual dengan telefon. Jadi, yang kena tipu kali ini bukan si gadis, tapi saya sendiri. Bagaimana untuk menilai peribadi dengan sms. Agaknya mungkin dengan mimpi maka menjelmalah wajah dan bentuk tubuh wanita tadi. Maka si lelaki dalam mimpi indahnya langsung terpikat dengan keperibadian si gadis itu. Atau pun, si lelaki tadi memang jenis kaki perempuan, pantang jumpa nombor telefon perempuan, terus dilayannya dan di ambil gambarnya. Kemudian entah apa terjadi dengan gambar perempuan tadi. Mungkin di cetak dan ditampal di dinding dan lebih teruk lagi di tampal di tandas. Si gadis tadi ada syer dosa terhadap apa sahaja yang berlaku setelah gambar diserah tanpa apa-apa bukti dan alasan yang kukuh.

Teringat saya dalam satu akhbar arus perdana.  Sipeminta gambar akan menghubungi wanita-wanita pelayar internet setelah merakamkan aksi-aksi panas depan komputer menggunakan kamera komputer. Gambar tersebut dihantar kepada peminta gambar tersebut dengan menaruh harapan agar si peminta gambar tadi menghubungi wanita-wanita tadi kembali. Akhirnya, harapan tinggal kenangan. Gambar beraksi depan komputer dijual kepada pihak tertentu dengan harga tertentu dan disiarkan kepada media tertentu. Dahlah kena tipu, maruah tergadai.

 

gadis juga banyak membimbing si lelaki terutama dalam hal-hal agama

Belum lagi bernikah, si gadis dah banyak bimbing dalam hal-hal agama. Kalau dah nikah, bagaimana? Lagi berganda-ganda banyak yang perlu diajar. Tak tau nak digambarkan, bagaimanakah bentuk bimbingan yang diberikan. Lelaki tadi nampaknya macam tak terbimbing-bimbing pun. Sudahlah menipu, berjanji nak menikah tanpa mahu berjumpa secara halal bersama ahli keluarga. Inilah akibatnya apabila berpasangan tanpa ada panduan. Tinggalkan ajelah jika lelaki tadi tidak mahu berjumpa keluarga dan tidak mahu terus belajar membina keluarga yang penuh rahmat Allah taala.

Nak tahu nikah dengan selamat dan penuh rahmat?????

Hubungi saya di zicksi@yahoo.com

12.48am, 28Mei 2009.

 

12 Responses to “cinta SMS”

  1. nUr fAzLeeN Says:

    Bismillahirrahmanirahim.
    Syukur Allah kurniakan kamu ilmu untuk respon kes cinta sms ini.
    Semoga Allah pelihara si gadis. Amin.

    Bagaimana pula sekiranya cinta SMS, YM, Friendster, etc?
    Ini adalah kes bagi mereka yang tidak pernha bertemu, tetapi bagaimana kes mereka yang pernah bertemu tetapi tidak ‘kesampaian’ untuk berkenalan secara berhadapan, tetapi menggunakan ‘wadah’ seperti di atas untuk berhubung. Kemudian masing-masing memendam perasaan, lalu timbul perasaan cinta?

    Semoga ALLAH pelihara kita semua umat Islam. Amin.

  2. zicksi Says:

    saya akan ceritakan kemudian. saya perlu merujuk tok guru2 rasmi dan tak rasmi utk mengelak salah faham dan kekeliruan. terima kaseh.

  3. uMMuL Says:

    Assalammualaikum,
    menarik sungguh cinta sms ini.
    sy akui bhw setiap insan dilahirkan dengan perasaan untuk menyayanggi dan disayanggi.
    namun,dalam islam ada batasan yang perlu kita ikuti. inilah rules of life.
    kalu tak mahu ikut rules ini…jawab sendirilah.
    saya sendiri pernah alami situasi ini.
    perkongsian ini bukanlah untuk menunjuk bahawa saya yang bagus atau sebaliknya. cuma diharap dapat diteladani dan dinasihati mana2 yang patot.

    kes 1.
    Nama: Alan(bukan nama sebenar)
    kami kenal melalui laman sembang. kemudian bertukar2 no telefon. yea mmg silap saya kerana setuju bertukar2 no. silap seterusnya kerana melayan segala sms yang masuk drpd alan. dan saya terus silap kerana tidak memberitahu alan perkara yang sepatutnya tentang apa yang sy lakukan ini salah. hati mula tertaut sntara satu sama lain. saya mula panik kerana saya tahu ini bukanlah saluran yang betul. Alan mengakui ttg dirinya yang mula sukakn sy. disebabkan kawan2 sekitar sy mengetahui tentang perkara ini,sy minta pandangan mereka. malangnya,dikalangan mereka tiada pon yang berfikiran sepatutnya kerena mereka juga bercinta SMS. sy dan alan bergaduh kecil. dan sy ambil keputusan ini untuk memutuskan hubungan kami. saya tukar no. telefon.masalah ini selesai 85% kerana lan tetap menghubungi sy di Friendster dan etc.

    kes 2.
    Nama: Mr X
    kes ini serupa dengan alan. namun sy kenal mr X ini secara berhadapan dan dia dapat no telefon sy drpd sahabatnya. silapnya saya kerana melayan dia,pada awalnya saya hanya membalas msgnya atas dasar kawan. tp dia fikirkan lain. uhh…laki2 ni..! dia mngaku dia sukakn sy. sy xpernah bgtahu apa2 tentang perasaan sy padanya. entah tiba2 kami gaduh. syukurlah…sy ambil peluang ini dan cuba kurangkan perhubungan kami. sekarang dia paham dan kami betul2 hanya kawan.

    persoalannya,adakah tindakan saya ini betul terhadap mereka?

  4. Ana Jul Says:

    Salam… sbnarnya.. Ana kurang paham tntg apa yg cuba hndk dsmpaikan..
    Knapa seseorg itu xboley bercinta dlm sms..
    Sprti dlm cerita di ats.. Patotkah si gadis mninggalkan si lelaki itu…?
    Kalaular bkn lelaki sperti itu yg si gadis suka… maksud ana.. kita tukar laki lain…
    Cuba kalau lelaki yg dicintai si gadis itu lebey baik…
    Lebeyh beragma.. lebeyh soleh dn mengetahui hukum2 agama…
    Si lelaki itu jugak tidak mnipu si gadis..
    Bolehkah mereka meneroskn hubungan?

    Sila terangkan..
    Entah nape ana mcm kurang paham apa yg ingin dsmpaikan akhi zik di atas… cuba trngkn dgn lebey detail…
    Ana mg kurang sket bhg ilmu agma nih..
    Mintak tolong tunjuk ajar…
    Sbabnya ana pon turut terjerumus dlm hal ini..

  5. zicksi Says:

    kepada Ana Jul, harap cuba fahami situasi di atas, samada si lelaki ingin menipu atau tidak, itu bukan soalnya, masalah yang pertama dan terpenting ialah tidak boleh menjalinkan hubungan rapat dan cople sesama bukan muhrin kecualiselepas nikah. Ini bagi mencegah syaitan dari membisikkan perkara-perkara mungkar.
    Samaada si gadis atau silelaki ingin embawa perubahan, caranya perlu betul, mula niat betul ingin mengajar agama or else… then, mula sms bercinta atau luahan hati..inilah yang menjadi punca kepada segala permasalahan mendatang, jadi elok kita cegah dan jauhi dulu dari mengubatinya..

    kes2 yang ana dapat sebelum ini selalunya kes mengubati, bukannya kes mencegah…jadi, bila berubat belum tentu sembuh, kecuali dengan ubat yang agak mahal dan kualiti tinggi, dan hendak mendapatkan ubat ini sahaja perlu ke klinik2 tertentu dan farmasi yang tertentu. Belum tentu terjual di kedai2 ubat di tepi jalan.

    begitu juga lah dalam kes couple ini, bila dah terjebak, pastilah perlu pengorbanan yang tinggi dan perasaan yang cukup kuat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Moga Allah melindungi kita semua..

  6. Ana Jul Says:

    Salam alaikh… ow.. camtuh rupanya.. paham3.. Mg xdbnarkan.. Kte harus mgejar cinta Ilahi.. Kalo da kawin baru bole mnjalinkn hbgn rapat..
    Okay.. Akhi zik.. Ana bnyk terhutang budi ngan akhi…
    Hm.. T ar.. Ana jumpa.. Ana blnja mkn..
    Haha… Inilar mslh yg sring blaku dlm klngn remaja skg..
    Mintak2 dpt dcegah sblm blaku hal2 yg xdiingini… Slalunya ada ‘orang’ ke3 yg akan masuk cmpur lalu mbisikkan ‘pndpatnya’ n then… “Boooomm” haha.. paham2..
    K.. Salam..

  7. NurQaseh Says:

    bgs masalah yg d utarakan oleh pengirim dan terima kaseh pd penerima krn tlh bjaya mngupas dan seterusnya myelesaiakn masalah pengirim tersebut..perkara spt ni common sgt dkalangan remaja, dkalangan golongan pakcik mkcik pn, ada gak kes camni..sejujurnya, kisah d atas tu 95% sama dgn apa yg telah sy lalui sebelum ini, dan alhamdulillah, skg sy sudah sedar n for me, no more sms, no more YM wif guys w/out any reasonable excuses..sekali terjebak, cukuplah utk jd pengajaran dan pengalaman..sebenarnya, bkn slh kmajuan teknologi, ttp salah diri kita sendiri, terutamanya kita, kaum hawa, yg mudah sgt cair dgn kata2 pujian dari seorg lelaki. mudah sgt hanyut dgn rayaun manja diorg, tanpa kita sedari, sebenarnya kita sedang merosakkan diri kita sendiri. dan kalo tersalah aturan, masa dpn pn hancur…kita sebenarnya, yg mbuka ruang utk kita dkhianati, bkn salah lelaki yg mkhianati kita..lelaki yg baik dan betol2 inginkan kita mjadi suri dhatinya, tdk akn mcemarkan maruah kita dgn mggoda kita utk bercinta dan mbuat maksiat serta zina hati bersamanya, sama ada dlm tempoh yg lama atau sementara..

    MUSLIMAH, apabila teruna memandang dkau, kau tunduk mgelak panah syaitan.
    apabila teruna mdekati selangkah, dkau berundur bribu langkah.
    apabila teruna memujuk rayu, dkau anggap itulah kalimah iblis SYAITAN.
    apabila teruna menutur harapan indah, dkau yakin akan janjiNYA dsana lbh bahagia dsana…
    kerana…….
    dikau mngerti dan mnyedari akan erti kesucian sebuah harga diri yang d gelar maruah..

  8. nai'lah al-farafisyah Says:

    salam..x2ally..ana pna t’libt dlm probs cam ny..org yg ana aggp abg,tibe2 de prasaan laen..huhu..dy t’slah nmber gak..tjuan kwn ngn dy cz nk tlog bg smgt kt dy yg bru clash ngn his gf..dy ex skul arab tp still x phm2 cple 2 hram..ana prlukn p’dmping yg akn igtkn ana bile ana lalai,tp dy plak yg lalaikn ana..ya Allah..b’dosanya ana..skang ana da x cntct dy lg cz ana cpte p’gduhn 2..n trauma gak bile nmber yg x dknli msuk..huhu

  9. nai'lah al-farafisyah Says:

    m’cegah lbey bek dpd m’ubati

    1. zicksi Says:

      baguslah kalau camtu. sebenarnya yang terbaik untuk mengubati perasaan kit ialah mak atau ayah kita sendiri. Kita kadang terlupa untuk minta nasihat diorang sedangkan diorang lebih tahu isi hati kita. baguslah tu, kalau dah paham, mudah. Yang payah, bila tak tahu hukum, insyaAllah mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah.

  10. afiqah Says:

    Salam..cple ni sbnrnye haram ke tk????ade sesetengahkata ye,dan ade yg kata tk>???so how???bley ke kita nk anggaap seseorang yg bukan mahramdgn kita,,sebagai abg angkat??

    1. zicksi Says:

      couple tu haram..takde dalil yg mengharuskan couple.
      konsep abang atau adik angkat hanyalah penggunaan istilah bagi menghalalkan apa yang dah dilarang oleh agama.
      maka, berwaspadalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s